NADI-TINY TECHIES: Inovasi Robotik Siri 2
16 Mei 2026 | Aktiviti Terkini16 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti webinar NADI-TINY TECHIES: Inovasi Robotik Siri 2. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti webinar ini. Webinar ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang.
Program Inovasi Robotik Siri 2 memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan ThinkCard dalam pembelajaran robotik. Coach mengajar cara menggunakan ThinkCard untuk mengawal pergerakan, fungsi dan arahan robot dengan lebih mudah dan kreatif. Aktiviti ini membantu peserta memahami asas pengaturcaraan serta meningkatkan kemahiran berfikir secara logik, kreatif dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran teknologi secara interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: